Art&Craft

Selasa, 2 April 2013

Stresssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum... Buat semua reader ynag sudi singgah ke blog Angel ni...
Dalam kehidupan kita sehari-hari tentu banyak cabaran yang datang pada kita kan?
Angel juga tak terlepas dari cabaran-cabaran yang kadang-kadang sangat mencabar kesabaran,keimanan dan segala 'ke' yang kita ada..  Adakalanya buat Angel rasa sangat stress T_T
Hurmmmm...

Macam -macam cara yang Angel lakukan untuk hilangkan stress Angel ni huhu..
Antaranya :

1.Menyanyi
Angel suka menyanyi kuat-kuat haha (dengan syarat ... nyanyi dalam bilik dengan tingkap dan pintu tertutup rapat... malu weh org dengar suara lemak merdu Angel ni hehe.. lebih-lebih lagi kalau bakal mak mertua dengar huhu terus cancel jadi menantu hahaha....=)

2.Peluk
Pada yang sudah berumahtangga tu, peluk la pasangan anda dengan penuh kasih sayang selain dapat membuat anda rasa tenang dapat juga mengeratkan hubungan.Bagi yang single mingle macam Angel ni,carila kucing untuk dipeluk.Tapi jangan peluk kuat-kuat nanti kena cakar naya jee... Angel suka peluk En. Merah yang hensum,En Merah ni tak suka dipeluk al maklumla kucing jantan rimas dia...

3.Cari kawan
Kalau orang lain dorang lebih suka bersendirian bila stress,Angel tak boleh duduk sorang-sorang.. Lagi stress jadinya. So.. Angel akan cari kawan untuk berbual at least boleh juga kawan tu beri nasihat atau pandangan. Angel ade sorang bff yang setia mendengar masalah Angel huhu.. Jom panggil dia En. Bff (encik ke??). Yup, my 'Best Friend Forever' is lelaki.. kenapa?? macam pelik ke?? Nothing pelik kalau kita betul-betul ikhlas nak berkawan.Tapi kene la pandai jaga batas jangan terlebih ngada-ngada kejap lagi kene serang dengan Miss Tunang @ Mrs Wifey die naya weh!.

4.Dekatkan diri dengan Allah.
Jaga solat fardhu banyakkan solat sunat.Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.Hah! tu dia! Jangan skip solat tau..

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.' 
Surah Al-Baqarah ayat 153.

5.Al-Quran
Mendengar dan membaca Al-Quran boleh menjadi terapi kepada stress.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).Kalau boleh baca Al-Quran dan tafsirnya sekali salah satu ubat hati tu...

Hurmm... Apa pun tekanan yang kita hadapi ingatla semua tu sementara je.. Tak kira positif atau negatif,ia akan buat kita semua lebih matang.Percaya la semua kesukaran pasti ada jalan penyelesaiannya.Kita perlu tawakal dan ikhlas menerima segala ketentuanNya.. 

Sekian dulu dari Angel :)
Jangan lupa klik Tabuing Dana yeeeeeeeee.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan