Art&Craft

Sabtu, 2 Jun 2012

Cuti-Cuti....

Hi!
Hari ini cuti umum.. hmmm.. Angel boring la.. 
Apa nak buat time cuti macam ni yea?
Angel nak buat something fun la :)
Angel nak kongsi satu permainan ni... rase2nyer semua orang pernah main.. hehehe...
Dam ular..
Lama betul jumpa pemainan ni kan?
Masa kawan Angel cadangkan game ni.. terus exited nk main hehehe..
Angel tak la teror sangat.. setakat menang satu dua games je.. 
Sekali-sekala layan game ni seronok juga.. lebih ramai yang join lebih FUN!! 

Mengikut sejarah, permainan ini berasal dari India dan diasaskan dalam agama Hindu.Secara moralnya,bahagian asas tangga terletak di dalam petak mewakili pelbagai jenis kebaikan dan ular -ular pula simbolik kepada kejahatan.Dalam original game,petak-petak yang mewakili Faith (12),Reliability (51),Generosity (57),Knowlege (76),Asceticism (78) petak-petak kejahatan pula Disobedience (41),Vanity (44),Vulgarity (49),Theft (52),Lying (58),Drunkeness (62),Debt (69),Rage (84),Greed (92),Pride (95),Murder (73) dan Lust (99).Petak yang terakhir iaitu (100) pula mewakili Nirvana.

Tujuan game ini dimainkan adalh untuk mendidik kanak-kanak tentang nilai-nilai murni.Simboliknya macam ni,setiap kebaikan yang kita lakukan akan dipandang tinggi oleh masyarakat.Jika kita melakukan kejahatan pula,kita akan jatuh ke bawah walaupun kesilapan itu hanya kita lakukan sekali sahaja.Dan kita perlu berusaha untuk ke atas semula dari tempat kita jatuh tu..

Moral pada game ini telah menarik minat orang-orang Victoria yang telah membawa game ini ke England pada tahun 1892.Di England game ini dipanggil Snake and Ladders di 'versi'kan mengikut idealisme orang-orang Victoria. Petak-petak pula ditukar kepada Grace,Fulfilment dan Success sementara Indolence, Indulgence dan Disobedience menjatuhkan pemain kepada Poverty,Illness dan Disgrace. Bilangan tangga dan ular juga telah disamakan.

Hurmmm......
simbolik juga game ni kan?
Secara moralnya dapat kita pelajari yang kebaikan yang kita lakukan akan membawa kita ke kedudukan yang tinggi di mata masyarakat, keburukan pula menjatuhkan kita...
Walauapapun, kita tetap perlu teruskan perjalanan hidup.. Bangkit kembali setelah terjatuh..

Life Must Goes On!!

PicaaBoooo!!

Assalamualaikum wbt..
Hi! Angel here :) Selamat Datang ke Angel's Tales 
Blog ini Angel wujudkan untuk berkongsi pengalaman,cerita,kegemaran dan apa2 yang intresting..hmmm..
i'm just an ordinary girl .. Angel suka kraf, fesyen,makeups,cooking (walaupun tak berapa pandai masak hehe..),music,...bla bla bla..............