Art&Craft

Ahad, 30 Jun 2013

Teh Hijau dari Nepal

Assalamualaikum.. Hi semua (^_^)
Sorry Angel jarang-jarang upload post sekarang ni... Angel buzy dengan kerja dan aktiviti-aktiviti lain (ai ceh ceh yelah tu... ). Dalam kesibukkan Angel selalu stress,salah seorang anak buah Angel yang prihatin telah menyedekahkan Angel 100 uncang teh hijau organik yang mak dia kirim dari Nepal. "Kakak,minum ini teh.. Besok jangan marah-marah,I suka tengok kakak senyum" Alahai... Walaupun Angel tak suka minum teh,Angel ambil jugak tak sampai hati nak menolak huhu..

Meh, kita tengok apa khasiat teh hijau ni...


1. Mencegah kerosakan pada gigi
Teh hijau mengandung antioksidan yang bernama, Äúcatechin. Catechin mencegah kerosakan gigi dengan menghapuskan bakteria atau virus di mulut dan tekak.Ia juga membantu dalam melambatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau mulut. Teh hijau adalah salah satu minuman yang memberikan manfaat pada gigi.(perisa ubat kumur favourite Angel)

2. Mencegah Alzheimer, AOS dan Parkinson
Teh hijau mengandungi antioksidan yang mencegah kerosakan sel-sel otak yang menyebabkan Alzheimer, AOS dan Parkinson. Tidak hanya mencegah sel-sel otak dari kerosakan, tetapi juga memulihkan sel-sel otak yang rosak.

3. Anti-Aging
Ramai yang berusaha mati-matian untuk mengurangkan penuaan dan kelihatan lebih muda.Antioksidan dalam teh hijau dapat mencegah kedutan dan membantu merawat kulit. Minum teh hijau adalah cara semulajadi untuk mengurangkan efek penuaan.(ngee.. pasni rajinlah Angel minum teh hijau)

4. Mencegah Diabetes
Khasiat lain teh hijau adalah mengawal kadar gula darah. Juga membantu dalam mengurangkan penyimpanan lemak dan meningkatkan metabolisme tubuh. Untuk pesakit diabetes, minum teh hijau akan membantu tubuh dalam mengawal kadar gula dalam darah.

5. Mencegah Jerawat
Minum teh hijau secara teratur dapat membantu mencegah jerawat. Teh hijau merupakan solusi semulajadi untuk masalah jerawat. Antioksidan dalam teh hijau juga membantu merawat kulit dengan memperbaiki kulit rosak dan mencegah kulit rosak. Teh hijau juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser kulit.


6. Mengawal Tekanan Darah dan Kolesterol
Jutaan orang di seluruh dunia menderita kolesterol tinggi dan masalah tekanan darah. Untuk mengatasi masalah ini,minum teh hijau dapat membantu dalam menawal tekanan darah dan juga menurunkan kadar kolesterol.

7. Mengurangkan Stress dan Depresi
Tekanan kerja dan kehidupan peribadi adalah penyebab utama stress dan depresi di kalangan kita. Salah satu manfaat dari teh hijau adalah mengurangkan stress. Teh hijau mengandungi Äútheanine, yang dikenalpasti sebagai pencetus perasaan relax. Orang yang selalu minum teh hijau biasanya bebas stress dalam kehidupan mereka berbanding orang yang jarang minum teh hijau.(oooo... patutlah )

8. Mengurangkan Risiko Kanser
Kanser adalah salah satu jenis penyakit mengundang maut dan kos perubatannya sangat mahal.Teh hijau dapat membantu mencegah kanser. Menurut kajian, antioksidan dalam teh hijau adalah 100 kali lebih efektif berbanding vitamin C. Antioksidan membantu memusnahkan sel-sel kanser tanpa merosakan sel-sel lain.

9. Mencegah Penyakit Jantung
Teh hijau membantu mencegah penyakit jantung. Pertama, menurunkan paras kolesterol. Teh hijau juga mengawal tekanan darah serta mencegah pembekuan darah di arteri. Jadi, minum teh hijau secara teratur akan mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.

Bagi orang yang menderita penyakit jantung, mereka juga harus minum teh hijau kerana teh hijau dapat memperbaiki sel-sel hati dan mengarah ke pertumbuhan sel-sel jantung sihat.

10. Berat Badan
Ramai yang ingin memiliki berat badan ideal. Antioksidan dan polyphenyl dalam teh hijau dapat membantu dalam meningkatkan metabolisme dalam tubuh serta meningkatkan oksidasi lemak. Dengan minum secawan teh hijau dan makan secara teratur, serta diiringi diet yang tepat dan senaman, akan membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal.
Hehe.. Banyak khasiat rupenyer..
Sekian saja lah ye.. Jangan lupa klik 'Tabung Dana Masa Depan' Angel tu ye..

Selasa, 4 Jun 2013

MSDs ~ Musculoskeletal Disorder

Assalamualaikum wbt.. Thanks pada yang sudi singgah.. kalau boleh tinggalkan jejak anda di ruangan komen atau chat box ye.. Boleh Angel singgah kat blog korang pulak hehe...

Angel nak cerita pasal MSDs pulak huhuhu.. Bunyi tajuk macam menyeramkan je..
Ni semua sebab anak buah Angel mengadu tangan dia bengkak secara tiba-tiba.. Tak tau ape punca hurmmm.. Angel rase sebab MSDs la ni...

MSDs adalah kecederaan atau kesakitan pada Otot, Sendi, Tulang Belakang,Tisu,Sendi dan Urat Darah.

Tanda-tanda MSDs adalah
1. Kurang kekuatan untak mencengkam
2. Kurang jarak pergerakkan
3. Hilang rasa fungsi otot
4. Kurang keupayaan untuk melakukan aktiviti harian.

MSDs berpunca daripada pergerakkan yang berulang-ulang dalam satu tempoh yang lama.Especialy masa kita sedang bekerja.
https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSr0KbZMjFd2JLBWPX2dmIEbcwDsFy6z7SEdaRJu2C8dapRNp2Oyg

Cara nak elak MSDs ni senang je... Apabila tangan,kaki, atau mana-mana bahagian badan terasa kebas,kejang,lenguh dan sengal-sengal.. Berhenti sekejap buat exercise ringan atau buat regangan di bahagian badan yang terlibat.. (jangan buat poco-poco dah la yeee...) Then, sambung la keje balik hehehe simple kan?

Oklah, sampai kat sini dulu.. Angel bukan doktor tapi sekadar berkongsi informasi je.. Jangan mintak ubat dengan Angel lak pas ni hehehe... Jangan lupa klik tabung Angel tu ye ..TQ..............