Art&Craft

Isnin, 16 Disember 2013

Nak Mata Cantik (^_^)

Assalamualaikum wbt.. :)

Dah lama sungguh Ann x update blog ni... Banyak perkara yang berlaku membuatkan Ann jadi bertambah kuat dari segi fizikal dan mental. Starting from today... Angel nak bertukar menjadi 'Cik Bdadary' sebab dah tak best nama Angel tu hehehehe...  (poyo). Oklah tak payah nak cerita panjang-panjang jom kite cerita pasal topik hari ini.. Tips untuk dapatkan mata cantik huhuhuhu.....

Jom start... hehe

1. Minum air secukupnya kerana ia dapat mengelakkan dehidrasi, sekaligus melambatkan timbul kedutan       pada mata.

2. Makan buah dan sayuran kerana kandungan mineral, vitamin yang terdapat di dalam buahan dan               sayuran adalah nutrisi berguna untuk kecantikan mata, di samping bermanfaat untuk kulit dan kesihatan         tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang                   menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata.

3. Hindari perbuatan menggosok mata walaupun dengan tangan kerana ia boleh memberikan kesan tidak     baik pada seluruh bahagian mata.(Yang ni Ann selalu buat.. T_T )

4. Berhati-hati memilih produk penjagaan mata. Selalu pilih produk yang boleh dipercayai dan sudah melalui ujian klinikal. Hati-hati dalam aplikasi solekan dan hindari pinjam-meminjam alat kosmetik mata. Perbaharui kosmetik mata setiap 6 bulan sejak pertama kali dibuka.(Hoh?)

culik dari Google hehe..


5. Kurangkan pendedahan berbahaya terhadap mata seperti wap panas, tempat berdebu, sinar UV dan benda lain yang berbahaya. Disarankan menggunakan kaca mata hitam dengan kemampuan melindungi mata dari sinar UV.

6. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggalkan dengan sempurna, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat, kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman atau dipenuhi bintik-bintik halus!(ewww.. Takutnyerrr.. )

7. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan ‘oil seed’ di sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, witch hazel dan pro vitamin B5

Mekaseh En Google.. :)
Tu dia tips nak mata cantik.. 
Pesan untuk diri sendiri rajin-rajinkan diri anda untuk menjaga mata.. Aset penting bagi semua orang.. bak kata pepatah dari mata turun ke hati.. hehe.. 

Selamat Beramal.. (tetibe??)