Art&Craft

Isnin, 16 Disember 2013

Nak Mata Cantik (^_^)

Assalamualaikum wbt.. :)

Dah lama sungguh Ann x update blog ni... Banyak perkara yang berlaku membuatkan Ann jadi bertambah kuat dari segi fizikal dan mental. Starting from today... Angel nak bertukar menjadi 'Cik Bdadary' sebab dah tak best nama Angel tu hehehehe...  (poyo). Oklah tak payah nak cerita panjang-panjang jom kite cerita pasal topik hari ini.. Tips untuk dapatkan mata cantik huhuhuhu.....

Jom start... hehe

1. Minum air secukupnya kerana ia dapat mengelakkan dehidrasi, sekaligus melambatkan timbul kedutan       pada mata.

2. Makan buah dan sayuran kerana kandungan mineral, vitamin yang terdapat di dalam buahan dan               sayuran adalah nutrisi berguna untuk kecantikan mata, di samping bermanfaat untuk kulit dan kesihatan         tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang                   menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata.

3. Hindari perbuatan menggosok mata walaupun dengan tangan kerana ia boleh memberikan kesan tidak     baik pada seluruh bahagian mata.(Yang ni Ann selalu buat.. T_T )

4. Berhati-hati memilih produk penjagaan mata. Selalu pilih produk yang boleh dipercayai dan sudah melalui ujian klinikal. Hati-hati dalam aplikasi solekan dan hindari pinjam-meminjam alat kosmetik mata. Perbaharui kosmetik mata setiap 6 bulan sejak pertama kali dibuka.(Hoh?)

culik dari Google hehe..


5. Kurangkan pendedahan berbahaya terhadap mata seperti wap panas, tempat berdebu, sinar UV dan benda lain yang berbahaya. Disarankan menggunakan kaca mata hitam dengan kemampuan melindungi mata dari sinar UV.

6. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggalkan dengan sempurna, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat, kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman atau dipenuhi bintik-bintik halus!(ewww.. Takutnyerrr.. )

7. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan ‘oil seed’ di sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, witch hazel dan pro vitamin B5

Mekaseh En Google.. :)
Tu dia tips nak mata cantik.. 
Pesan untuk diri sendiri rajin-rajinkan diri anda untuk menjaga mata.. Aset penting bagi semua orang.. bak kata pepatah dari mata turun ke hati.. hehe.. 

Selamat Beramal.. (tetibe??)  

Rabu, 3 Julai 2013

Tomato ~ Wink2 ~

Assalamualaikum.. Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog yang ntah ape-ape ni hehehe..
Kali ni Angel nak kongsi tetang khasiat buah tomato yang selalu jadi hiasan kat tepi pinggan time makan nasi ayam tu.

Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru.

Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl.Nama spesifiknya, lycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala").

Warna merah itu ialah disebabkan likopena iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.

Haa, dah tau kan serba sedikit pasal tomato ni? So lepas ni mkn sampai habis tomato kat tepi pinggan nasi ayam tu ye. Sekarang kite tengok ape kebaikan Tomato untuk kesihatan dan kecantikkan kulit hehehe...



Petua penjagaan kulit dengan Tomato :

1. Mengecilkan liang roma
    ~ 1 sudu jus tomato + 2-4 titik jus limau
    ~ sapukan pada kulit wajah dengan menggunakan kapas. Urut perlahan-lahan.
    ~ Biarkan 15 minit.Bilas dengan air suam.
    ~ Jangan lupa sapukan pelembab kulit yang anda selalu pakai.

2. Merawat Jerawat
    ~ Hancurkan buah tomato segar.
    ~ Sapu rata pada wajah.
    ~ Biarkan sejam. Bilas dan keringkan.
    ~ Buat setiap hari sampai jerawat hilang.

3. Membersihkan kulit muka (Mask)
    ~ Hancurkan tomato + avokado
    ~ Sapu pada muka
    ~ Bilas selepas 20-30 minit.

4. Menyejukkan kulit rosak (Sunburn)
    ~ 1 biji tomato + 2 sudu yogurt
    ~ Sapukan pada kesan sunburn

Haaa... Tomato ni sangat berkhasiat terutamanya untuk orang perempuan yang nak kulit cantik macam Angel ni hehe (berangan je lebih huhu)
Sampai sini je dulu.. Jumpa lagi di post yang akan datang.. (^_^)

Ahad, 30 Jun 2013

Teh Hijau dari Nepal

Assalamualaikum.. Hi semua (^_^)
Sorry Angel jarang-jarang upload post sekarang ni... Angel buzy dengan kerja dan aktiviti-aktiviti lain (ai ceh ceh yelah tu... ). Dalam kesibukkan Angel selalu stress,salah seorang anak buah Angel yang prihatin telah menyedekahkan Angel 100 uncang teh hijau organik yang mak dia kirim dari Nepal. "Kakak,minum ini teh.. Besok jangan marah-marah,I suka tengok kakak senyum" Alahai... Walaupun Angel tak suka minum teh,Angel ambil jugak tak sampai hati nak menolak huhu..

Meh, kita tengok apa khasiat teh hijau ni...


1. Mencegah kerosakan pada gigi
Teh hijau mengandung antioksidan yang bernama, Äúcatechin. Catechin mencegah kerosakan gigi dengan menghapuskan bakteria atau virus di mulut dan tekak.Ia juga membantu dalam melambatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau mulut. Teh hijau adalah salah satu minuman yang memberikan manfaat pada gigi.(perisa ubat kumur favourite Angel)

2. Mencegah Alzheimer, AOS dan Parkinson
Teh hijau mengandungi antioksidan yang mencegah kerosakan sel-sel otak yang menyebabkan Alzheimer, AOS dan Parkinson. Tidak hanya mencegah sel-sel otak dari kerosakan, tetapi juga memulihkan sel-sel otak yang rosak.

3. Anti-Aging
Ramai yang berusaha mati-matian untuk mengurangkan penuaan dan kelihatan lebih muda.Antioksidan dalam teh hijau dapat mencegah kedutan dan membantu merawat kulit. Minum teh hijau adalah cara semulajadi untuk mengurangkan efek penuaan.(ngee.. pasni rajinlah Angel minum teh hijau)

4. Mencegah Diabetes
Khasiat lain teh hijau adalah mengawal kadar gula darah. Juga membantu dalam mengurangkan penyimpanan lemak dan meningkatkan metabolisme tubuh. Untuk pesakit diabetes, minum teh hijau akan membantu tubuh dalam mengawal kadar gula dalam darah.

5. Mencegah Jerawat
Minum teh hijau secara teratur dapat membantu mencegah jerawat. Teh hijau merupakan solusi semulajadi untuk masalah jerawat. Antioksidan dalam teh hijau juga membantu merawat kulit dengan memperbaiki kulit rosak dan mencegah kulit rosak. Teh hijau juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser kulit.


6. Mengawal Tekanan Darah dan Kolesterol
Jutaan orang di seluruh dunia menderita kolesterol tinggi dan masalah tekanan darah. Untuk mengatasi masalah ini,minum teh hijau dapat membantu dalam menawal tekanan darah dan juga menurunkan kadar kolesterol.

7. Mengurangkan Stress dan Depresi
Tekanan kerja dan kehidupan peribadi adalah penyebab utama stress dan depresi di kalangan kita. Salah satu manfaat dari teh hijau adalah mengurangkan stress. Teh hijau mengandungi Äútheanine, yang dikenalpasti sebagai pencetus perasaan relax. Orang yang selalu minum teh hijau biasanya bebas stress dalam kehidupan mereka berbanding orang yang jarang minum teh hijau.(oooo... patutlah )

8. Mengurangkan Risiko Kanser
Kanser adalah salah satu jenis penyakit mengundang maut dan kos perubatannya sangat mahal.Teh hijau dapat membantu mencegah kanser. Menurut kajian, antioksidan dalam teh hijau adalah 100 kali lebih efektif berbanding vitamin C. Antioksidan membantu memusnahkan sel-sel kanser tanpa merosakan sel-sel lain.

9. Mencegah Penyakit Jantung
Teh hijau membantu mencegah penyakit jantung. Pertama, menurunkan paras kolesterol. Teh hijau juga mengawal tekanan darah serta mencegah pembekuan darah di arteri. Jadi, minum teh hijau secara teratur akan mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.

Bagi orang yang menderita penyakit jantung, mereka juga harus minum teh hijau kerana teh hijau dapat memperbaiki sel-sel hati dan mengarah ke pertumbuhan sel-sel jantung sihat.

10. Berat Badan
Ramai yang ingin memiliki berat badan ideal. Antioksidan dan polyphenyl dalam teh hijau dapat membantu dalam meningkatkan metabolisme dalam tubuh serta meningkatkan oksidasi lemak. Dengan minum secawan teh hijau dan makan secara teratur, serta diiringi diet yang tepat dan senaman, akan membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal.
Hehe.. Banyak khasiat rupenyer..
Sekian saja lah ye.. Jangan lupa klik 'Tabung Dana Masa Depan' Angel tu ye..

Selasa, 4 Jun 2013

MSDs ~ Musculoskeletal Disorder

Assalamualaikum wbt.. Thanks pada yang sudi singgah.. kalau boleh tinggalkan jejak anda di ruangan komen atau chat box ye.. Boleh Angel singgah kat blog korang pulak hehe...

Angel nak cerita pasal MSDs pulak huhuhu.. Bunyi tajuk macam menyeramkan je..
Ni semua sebab anak buah Angel mengadu tangan dia bengkak secara tiba-tiba.. Tak tau ape punca hurmmm.. Angel rase sebab MSDs la ni...

MSDs adalah kecederaan atau kesakitan pada Otot, Sendi, Tulang Belakang,Tisu,Sendi dan Urat Darah.

Tanda-tanda MSDs adalah
1. Kurang kekuatan untak mencengkam
2. Kurang jarak pergerakkan
3. Hilang rasa fungsi otot
4. Kurang keupayaan untuk melakukan aktiviti harian.

MSDs berpunca daripada pergerakkan yang berulang-ulang dalam satu tempoh yang lama.Especialy masa kita sedang bekerja.
https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSr0KbZMjFd2JLBWPX2dmIEbcwDsFy6z7SEdaRJu2C8dapRNp2Oyg

Cara nak elak MSDs ni senang je... Apabila tangan,kaki, atau mana-mana bahagian badan terasa kebas,kejang,lenguh dan sengal-sengal.. Berhenti sekejap buat exercise ringan atau buat regangan di bahagian badan yang terlibat.. (jangan buat poco-poco dah la yeee...) Then, sambung la keje balik hehehe simple kan?

Oklah, sampai kat sini dulu.. Angel bukan doktor tapi sekadar berkongsi informasi je.. Jangan mintak ubat dengan Angel lak pas ni hehehe... Jangan lupa klik tabung Angel tu ye ..TQ..............



Khamis, 4 April 2013

Senyum (^_^) Tak perlu kata apa-apa...

Assalamualaikum wbt.. Tetiba je tajuk post ni terlintas dalam kepala Angel masa lunch tadi.. huhu
Sebelum ni Angel pernah kena tegur dengan kawan Angel sebab Angel susah nak senyum... Ye ke???
Hurmm... Angel rasa mungkin sebab Angel ni rabun jauh kot.. Kalau dari jauh memang tak nampak muka orang dah dekat baru lah boleh nampak ( serius tak kerabunan Angel ni? kena wat cermin mata ke? hihi)
ihsan en Google


Senyum ni perkara mudah je sebenarnya. Tapi adakalanya susah nak buat lebih- lebih lagi masa 'angin tak elok' senyum pun nampak macam marah huhu... Meh baca tentang senyum (^_^)

15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN

1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Huhuhu... Banyakkan faedah senyum ni? So,bila orang senyum pada kita, jangan lah balas dengan kata-kata "Ape senyum-senyum?" Maki oi garangnyer...Walaupun mood tak elok,balaslah dengan senyuman juga walaupun tak semanis mana.. Bukan kena bayar pun senyum je la...
Sumber dari En Google hehe....


Peace ! (^_^) . Clik tabung dana Angel ye... Bubye!

Selasa, 2 April 2013

Stresssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum... Buat semua reader ynag sudi singgah ke blog Angel ni...
Dalam kehidupan kita sehari-hari tentu banyak cabaran yang datang pada kita kan?
Angel juga tak terlepas dari cabaran-cabaran yang kadang-kadang sangat mencabar kesabaran,keimanan dan segala 'ke' yang kita ada..  Adakalanya buat Angel rasa sangat stress T_T
Hurmmmm...

Macam -macam cara yang Angel lakukan untuk hilangkan stress Angel ni huhu..
Antaranya :

1.Menyanyi
Angel suka menyanyi kuat-kuat haha (dengan syarat ... nyanyi dalam bilik dengan tingkap dan pintu tertutup rapat... malu weh org dengar suara lemak merdu Angel ni hehe.. lebih-lebih lagi kalau bakal mak mertua dengar huhu terus cancel jadi menantu hahaha....=)

2.Peluk
Pada yang sudah berumahtangga tu, peluk la pasangan anda dengan penuh kasih sayang selain dapat membuat anda rasa tenang dapat juga mengeratkan hubungan.Bagi yang single mingle macam Angel ni,carila kucing untuk dipeluk.Tapi jangan peluk kuat-kuat nanti kena cakar naya jee... Angel suka peluk En. Merah yang hensum,En Merah ni tak suka dipeluk al maklumla kucing jantan rimas dia...

3.Cari kawan
Kalau orang lain dorang lebih suka bersendirian bila stress,Angel tak boleh duduk sorang-sorang.. Lagi stress jadinya. So.. Angel akan cari kawan untuk berbual at least boleh juga kawan tu beri nasihat atau pandangan. Angel ade sorang bff yang setia mendengar masalah Angel huhu.. Jom panggil dia En. Bff (encik ke??). Yup, my 'Best Friend Forever' is lelaki.. kenapa?? macam pelik ke?? Nothing pelik kalau kita betul-betul ikhlas nak berkawan.Tapi kene la pandai jaga batas jangan terlebih ngada-ngada kejap lagi kene serang dengan Miss Tunang @ Mrs Wifey die naya weh!.

4.Dekatkan diri dengan Allah.
Jaga solat fardhu banyakkan solat sunat.Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.Hah! tu dia! Jangan skip solat tau..

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.' 
Surah Al-Baqarah ayat 153.

5.Al-Quran
Mendengar dan membaca Al-Quran boleh menjadi terapi kepada stress.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).Kalau boleh baca Al-Quran dan tafsirnya sekali salah satu ubat hati tu...

Hurmm... Apa pun tekanan yang kita hadapi ingatla semua tu sementara je.. Tak kira positif atau negatif,ia akan buat kita semua lebih matang.Percaya la semua kesukaran pasti ada jalan penyelesaiannya.Kita perlu tawakal dan ikhlas menerima segala ketentuanNya.. 

Sekian dulu dari Angel :)
Jangan lupa klik Tabuing Dana yeeeeeeeee.........

Khamis, 14 Februari 2013

Rumpai Laut Kolagen .. Ter..beli opps!

Assalamualaikum wbt...

Puhhhh!! Puhhhh!! tiup habuk yang bermastautin kt blog ni...
Dah berkurun Angel tak update... Bukan Angel yang majok, En.Lappy kesayangan Angel tu yang majok..
Alahai.. Angel Dah rujuk masalah ni pada sorang member yang pakar dalam kes Lappy majok ni..
Unfortunetly, dia pun tak boleh tolong.. Teruk sangat majok tuuu..... hurmmm :(

Hokey2!
Angel nak cerita pasal Rumpai Laut... Aik?? Pasal ape tetiba nak wat entry pasal benda ni??
Last 2week sebelum raya cina, member Angel telah berjaya memujuk Angel membeli rumpai laut ni dari dia... Memula takut jugak nak try pasal bau die macam air laut.. tak tau bau air laut macam mana?? Cepat2 pegi pantai huhuhu.... Member Angel tu buat Angel terbeli jugak rumpai laut tu.. Aiseyh..

Untuk menyedapkan hati,Angel pun search pasal khasiat rumpai laut ni...
ikhsan En Google huhu.
Khasiat Rumpai Laut

1.Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
2.Menguatkan tulang dan sendi.
3.Meningkatkan sel rawan dan otot.
4.Merawat penyakit gaut.
5.Mencegah kanser
6.Menurunkan tekanan darah tinggi.
7.Merawat Gastrik.
8.Anti bakteria / kulat.
9.Merawat Anemia.
10.Menurunkan kolestrol dalam tubuh.
11.Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
12.Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
13.Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
14.Menpercepatkan penyembuhan luka.
15.Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis).Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
16.Menberi Kekenyangan(diet).
17.Melancarkan sistem metabolisme.
18.Memulihara usus kecil.(Sembelit).

Haa.. Tu dia...
Banyak jugak khasiat dia ea... Yang buat Angel bersemangat nak cuba, khasiat no 12  hehehee... Nanti Angel post lagi pasal rumpai laut ni, sekarang Angel nak pegi cuci rumpai laut dulu.. tak sabar nak cuba ni hahaha...

Jangan lupa klik Tabung dana Angel yee...... ('',)




Selasa, 29 Januari 2013

Kulit Licin Idaman Kalbu...

Assalamualaikum.. Bertemu lagi di entry kali ini (hamboiii.. skemanyer ayat!!)
Lihat pada tajuk entry kali ini macam menarik kan hahaha...

Tengok kulit die... huhuhu

Angel memang mengidam kulit licin dan flawless ala-ala Cik Neelofa.. So,Angel  pun skodeng rahsia kecantikan Neelofa ni hehehe... Antara tips nyer ialah..

1. Minum banyak air kosong.
2. Amalkan minum kolagen untuk elak kulit jadi kusam.
3. Lulur badan dua kali sebulan
4. G rawatan muka 2 kali sebulan. (2 kali sebulan yeee ngeh2.. )
5. Ambil vitamin c untuk elak kulit jadi gelap
6. Cuci muka terutama setelah bermakeup tebal.

Haa.. Da tau kan rahsia Neelofa? Hehe..
Bagi Angel, tips paling berkesan adalah 3 langkah mudah yang harus kita jadikan rutin pada setiap hari.
Langkah paling Basic iaitu Membersih,Menyegar dan Melembab.Yang paling penting sekali Disiplin.
Tak guna kalau beli skin care mahal-mahal tp jadi hiasan atas meja solek. (biasa jadi kat Angel hehehe.. lempang sikit)

Lagi satu, bukan skin care je yang dapat buat kulit cantik ni... Wuduk yang sempurna juga dapat membuatkan wajah berseri-seri ye kawan-kawan... Jadi rajin-rajin lah berwuduk, bila dah ade wuduk tu buatlah solat sunat se'round' dua dapat jugak lah tambah amalan hehe.. Yang wajib jangan tinggal pulak!

Sebenarnyer Angel tulis entry ni nak motivate diri Angel sendiri utuk lebih berdisiplin jaga kulit muka.Kulit Angel tak lah teruk sangat cuma bila dah mengidap penyakit Malas mula lah timbul masalah kulit seperti jerawat,warna kulit tak sekata,eye bags huhu.. ,kedut erk.. (yang ni faktor usia ye almaklumlah Angel bukan makin muda hehehe ).

Angel berniat nak tukar skin care bukan sebab skin care yang Angel guna sekarang ni tak bagus tapi sebab Angel dah terlalu lama guna skin care ni.. Sekarang ni dah tak ade kesan kat kulit muka Angel. Skin care ape yang ok ye?? Still searching skin care yang bagus dan harganyer semestinya berpatutan huhuhu..

Oklah, Angel stop dulu ea... Ade masa nanti Angel update lagi..
Jangan lupe klik iklan Nuffnang.. nak kumpul dana hehehe.. Bubbye!!!!!!!

Khamis, 17 Januari 2013

My Target 2013

Helooo!! Angel coming back (^_^)

Angel terlambat sikit update blog yg bersawang ni ... sbbbbbb Hencik Lappy Angel majok!! Belum sempat lagi nak hantar repair (T_T)
Sedar tak sedar dah pun masuk tahun 2013 huhuhu... Umo pun da meningkat lg setahun erkk?? (T_T)
Memasing da pasang azam @ angan2 nk buat ape tahun 2013 ni.. Angel pun sama la da start pasang angan-angan Mak Jemah.. Huih!! macam-macam dalam angan-angan Angel ni...
Antara yang diangankan adalahhhhhhhh.......

Samsung Galaxy Camera

Beliau memang menawan kalbu.. Huhuhu... Angel memang gila gajet.. Tapi nak membelinya.. berat sikit la hehehe.. Mula- mula pikir nak beli camera kompak je.. Tapi,kemunculan beliau telah menggugat iman dan takwa Angel.. So,tahun ni Angel kene kumpul dana untuk merealisasikan angan-angan Mak Jemah Angel ni.. Well, tak boleh nak cakap lebih-lebih.. Kau tetap dalam anganku Hencik Samsung Galaxy Camera.. Muahh! Muahh! (opps.. over gedik lak da!!)

Yang seterusnya..
Inilah dia.. Samsung Galaxy Note2.. Angel sambung angan-angan tahun lepas huhu.. Galaxy Note x dapat kali ni up sikit nak Note2 pulak.. Kena la kumpul dana beribu riban huaaaaaaaaa (T_T)

Yang selanjutnya...
Eeh?? kenapa gambar ni keluar??
Hehehe.. Ni dia Neelofa tanpa makeup..Cuba lihat kulit dia tu.. Licin dan gebukan?? Agak-agak la kan apa rahsia kulit gebu dia kan?? Angel memang admire sangat kat kulit dia tu... Nanti Angel search macam mana nak dapatkan kulit gebu macam Neelofa.. Angel akan post nanti hehe..

Seterusnya adalah BUSSINESS
Bisnes ape yang Angel nak buat hehe.. Lihat link ni
Angel Bdarary's Craft Works .Angel plan nak wat bisnes craft la.. Insya Allah.. setakat ni baru diperingkat angan-angan huhu.. Angel kene work hard Chaiyok2!!

Well, Angel memang kuat berangan kan?? hehe
Tanpa angan-angan dunia takkan maju,, teknologi takkan berkembang huhuhu. (ayat nk cover haha)
Angel nak stop dulu, kalau cerita pasal bab berangan ni.. Sampai tahun depan pun tak abis.. Nanti ade yang muntah hijau lak hahaha..

Owh ye .. jangan lupa clik Nuffnang.. nak kumpul dana realisasikan angan-angan Mak Jemah ni.. hehe