Art&Craft

Selasa, 3 Februari 2015

Assalamualaikum is more appreciated

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh
Sekali lagi saya dah mengabaikan blog ni.. Sooooo sorry my dear blog. Busy memanjang je. (Yelah tu( -_-))
Makin banyak applikasi / laman sosial sekarang makin luas pergaulan. Macam-macam jenis orang kita boleh jumpa. Ada baik ada juga yang tak berapa nak baik (ayat selamat).Yang penting kita sendiri kena tahu memilih.
Saya juga ada memuat turun applikasi seperti Whatapps, Wechat, Line, Viber, Beetalk dan yang paling latest Telegram. Huhu tp bukan  semua aktif pun (letih mak nak..)
Saya nak sentuh sikit pasal cara 'greeting' kawan baru yang di 'add' atau di 'accept'. Apa 'greeting' yang korang suka?
1. Hai
2.Hello
3. Salam perkenalan
4. Thank you (x caye g check hihi)
5. Assalamualaikum
6. Hey sweetie /cute
7. Oiii
8. Weh
9. Ape khabar?
10. Boleh kenal x?
Haaaa.. ada banyak lagi tapi saya malas nak tulis. 'Greeting' yang paling saya suka no. 5.. Assalamualaikum . Kenapa??
Sebab 'it makes me feels more comfortable'. Salah satu maksud ucapan salam ialah 'aku berdoa semoga kamu sejahtera. Maka dia menyatakan dan berjanji bahawa anda berasa aman dari tangan (perlakuan) dan lidah (lisan) dan dia menghormati hak hidup, kehormatan dan harga diri anda'. Tu dia!
Selain mengetatkan ukhuwah islamiyyah, Assalamualaikum yang bermaksud selamat sejahtera ke atas kamu yang merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w adalah salah satu ungkapan kasih sayang dalam bentuk doa. Hukum bagi salam ni sunat je tapi jawab salam WAJIB ok!
So, bagi saya ucapan salam lebih saya hargai dari ya lain-lain. Bagi kawan yang baru nak kenal apa salahnya bagi salam dulu. Lebih elok dan sopan. Daripada tegur hai dan tak sempat dibalas ( sbb busy memanjang) kemudian upload moment cakap sombong.
Untuk pakwe-pakwe yang nak try ngorat tu seeloknya tegur la bakal-bakal awek tu dengan Assalamualaikum. Sebagai isyarat maksud 'anda aman dari bahaya tangan dan lidahku'. Haaaa sejuk hati si awek.
Okay lah sampai di sini dulu ye. Saya nak sambung buat keje al maklum lah busy memanjang huhu (T_T)
Till then my dears.
Wassalam.
~Sumber Wikipedia~