Art&Craft

Rabu, 3 Julai 2013

Tomato ~ Wink2 ~

Assalamualaikum.. Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog yang ntah ape-ape ni hehehe..
Kali ni Angel nak kongsi tetang khasiat buah tomato yang selalu jadi hiasan kat tepi pinggan time makan nasi ayam tu.

Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru.

Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl.Nama spesifiknya, lycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala").

Warna merah itu ialah disebabkan likopena iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.

Haa, dah tau kan serba sedikit pasal tomato ni? So lepas ni mkn sampai habis tomato kat tepi pinggan nasi ayam tu ye. Sekarang kite tengok ape kebaikan Tomato untuk kesihatan dan kecantikkan kulit hehehe...



Petua penjagaan kulit dengan Tomato :

1. Mengecilkan liang roma
    ~ 1 sudu jus tomato + 2-4 titik jus limau
    ~ sapukan pada kulit wajah dengan menggunakan kapas. Urut perlahan-lahan.
    ~ Biarkan 15 minit.Bilas dengan air suam.
    ~ Jangan lupa sapukan pelembab kulit yang anda selalu pakai.

2. Merawat Jerawat
    ~ Hancurkan buah tomato segar.
    ~ Sapu rata pada wajah.
    ~ Biarkan sejam. Bilas dan keringkan.
    ~ Buat setiap hari sampai jerawat hilang.

3. Membersihkan kulit muka (Mask)
    ~ Hancurkan tomato + avokado
    ~ Sapu pada muka
    ~ Bilas selepas 20-30 minit.

4. Menyejukkan kulit rosak (Sunburn)
    ~ 1 biji tomato + 2 sudu yogurt
    ~ Sapukan pada kesan sunburn

Haaa... Tomato ni sangat berkhasiat terutamanya untuk orang perempuan yang nak kulit cantik macam Angel ni hehe (berangan je lebih huhu)
Sampai sini je dulu.. Jumpa lagi di post yang akan datang.. (^_^)