Dah lama sungguh Ann x update blog ni... Banyak perkara yang berlaku membuatkan Ann jadi bertambah kuat dari segi fizikal dan mental. Starting from today... Angel nak bertukar menjadi 'Cik Bdadary' sebab dah tak best nama Angel tu hehehehe... (poyo). Oklah tak payah nak cerita panjang-panjang jom kite cerita pasal topik hari ini.. Tips untuk dapatkan mata cantik huhuhuhu.....
Jom start... hehe
1. Minum air secukupnya kerana ia dapat mengelakkan dehidrasi, sekaligus melambatkan timbul kedutan pada mata.
2. Makan buah dan sayuran kerana kandungan mineral, vitamin yang terdapat di dalam buahan dan sayuran adalah nutrisi berguna untuk kecantikan mata, di samping bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata.
3. Hindari perbuatan menggosok mata walaupun dengan tangan kerana ia boleh memberikan kesan tidak baik pada seluruh bahagian mata.(Yang ni Ann selalu buat.. T_T )
![]() |
culik dari Google hehe.. |
5. Kurangkan pendedahan berbahaya terhadap mata seperti wap panas, tempat berdebu, sinar UV dan benda lain yang berbahaya. Disarankan menggunakan kaca mata hitam dengan kemampuan melindungi mata dari sinar UV.
7. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan ‘oil seed’ di sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, witch hazel dan pro vitamin B5
Tu dia tips nak mata cantik..
Pesan untuk diri sendiri rajin-rajinkan diri anda untuk menjaga mata.. Aset penting bagi semua orang.. bak kata pepatah dari mata turun ke hati.. hehe..
Selamat Beramal.. (tetibe??)
![]() |
Mekaseh En Google.. :) |
Pesan untuk diri sendiri rajin-rajinkan diri anda untuk menjaga mata.. Aset penting bagi semua orang.. bak kata pepatah dari mata turun ke hati.. hehe..
Selamat Beramal.. (tetibe??)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan