Art&Craft

Ahad, 2 Disember 2012

Sunburn ohh.. Sunburn

Assalamualaikum wbt..

Niat di hati Angel nak post pasal trip ke Tanjung Balau last week..
Tapi pic yang superb2 tertinggal kat pc office huhuhuhu (T_T)
Biasalah kalau dah pergi ke pantai tu.. x boleh lari dari aktiviti mandi manda .. bila da jumpa air memang x hengat.. abis kulit muka hangus dan rentung (sunburn laa..)

Tengok baby ni kene sunburn.. Kesiann die!
Mula-mula memang belum nampak kesan.. Keesokkan harinyerr... OMG!! OMG!! Kulit da start kering dan mengelupas euwww!!.. Warna die jangan cakap la.. Awk da sedia hitam lagi bertambah rentung huhuhu ..Ni mesti nak kate Angel tak pakai Sunblock huhuhu... Fyi Angel dah bubuh sunblock setebal 1 inci Spf 130 lak tu..tapi tetap rentung jugak (T_T)
Ni ha sunblock nyer...

Sepatas kilat Angel meng'Google' tips umtuk pulihkan sunburn ni..

Cara yang pertama.....

Ubi Kentang

Kukus ubi kentang tu pastu lenyek ala-ala kentang putar gitu.. Pas sejuk tempek kat sunburn.Tunggu 10 minit then cuci sampai bersih.

Aloevera

Aloevera ataupun orang melayu panggil lidah buaya.Potong aloevera ambil isi dia(yang macam gel tuu..)
Lumurkan kat tempat yang hangus. Aloevera ni bagus untuk kulit kalau tak kene sunburn pun boleh bubuh kat kulit. Jimat dan tidak merbahaya(pasal tak campur ape2 chemical)

Yogurt

Tempek yogurt pun boleh. Pastu cuci bersih huhuhu

Tembikai

Hiris nipis tekap kat kulit yang kene sunburn tu.
Tembikai mempunyai astrigen yang meyejukkan sekaligus menyejukkan kulit yang terbakar disebabkan matahari.

Mayonis

Kalau ade lebihan mayonis dari sandwich pagi tadi boleh jugak bubuh kat sunburn tu.

Huhuhu.. macam-macam cara ade..
Guna bahan makanan letak kat kulit macam membazir je ea..
Sudahnye.. Angel cuci kulit dengan air sejuk je.. a.k.a air batu hahaha
Tapi x boleh letak direct kene balut ngan tuala pastu tekap-tekap manja kat kulit sunburn tu..
Then Angel guna Cream Vitamin E.. untuk pulihkan kulit yang dah jahanam tu..
Hasilnya.. kene la tungggguuuuuuuuuuu.... hehehehe...

Ok la.. Jangan lupe klik iklan Nuffnang hehehe ...Jumpa lagi next post (^_^)


Khamis, 23 Ogos 2012

Selamat Hari Raya ;D





Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Angel Bdadary ;)

Sabtu, 2 Jun 2012

Cuti-Cuti....

Hi!
Hari ini cuti umum.. hmmm.. Angel boring la.. 
Apa nak buat time cuti macam ni yea?
Angel nak buat something fun la :)
Angel nak kongsi satu permainan ni... rase2nyer semua orang pernah main.. hehehe...
Dam ular..
Lama betul jumpa pemainan ni kan?
Masa kawan Angel cadangkan game ni.. terus exited nk main hehehe..
Angel tak la teror sangat.. setakat menang satu dua games je.. 
Sekali-sekala layan game ni seronok juga.. lebih ramai yang join lebih FUN!! 

Mengikut sejarah, permainan ini berasal dari India dan diasaskan dalam agama Hindu.Secara moralnya,bahagian asas tangga terletak di dalam petak mewakili pelbagai jenis kebaikan dan ular -ular pula simbolik kepada kejahatan.Dalam original game,petak-petak yang mewakili Faith (12),Reliability (51),Generosity (57),Knowlege (76),Asceticism (78) petak-petak kejahatan pula Disobedience (41),Vanity (44),Vulgarity (49),Theft (52),Lying (58),Drunkeness (62),Debt (69),Rage (84),Greed (92),Pride (95),Murder (73) dan Lust (99).Petak yang terakhir iaitu (100) pula mewakili Nirvana.

Tujuan game ini dimainkan adalh untuk mendidik kanak-kanak tentang nilai-nilai murni.Simboliknya macam ni,setiap kebaikan yang kita lakukan akan dipandang tinggi oleh masyarakat.Jika kita melakukan kejahatan pula,kita akan jatuh ke bawah walaupun kesilapan itu hanya kita lakukan sekali sahaja.Dan kita perlu berusaha untuk ke atas semula dari tempat kita jatuh tu..

Moral pada game ini telah menarik minat orang-orang Victoria yang telah membawa game ini ke England pada tahun 1892.Di England game ini dipanggil Snake and Ladders di 'versi'kan mengikut idealisme orang-orang Victoria. Petak-petak pula ditukar kepada Grace,Fulfilment dan Success sementara Indolence, Indulgence dan Disobedience menjatuhkan pemain kepada Poverty,Illness dan Disgrace. Bilangan tangga dan ular juga telah disamakan.

Hurmmm......
simbolik juga game ni kan?
Secara moralnya dapat kita pelajari yang kebaikan yang kita lakukan akan membawa kita ke kedudukan yang tinggi di mata masyarakat, keburukan pula menjatuhkan kita...
Walauapapun, kita tetap perlu teruskan perjalanan hidup.. Bangkit kembali setelah terjatuh..

Life Must Goes On!!

PicaaBoooo!!

Assalamualaikum wbt..
Hi! Angel here :) Selamat Datang ke Angel's Tales 
Blog ini Angel wujudkan untuk berkongsi pengalaman,cerita,kegemaran dan apa2 yang intresting..hmmm..
i'm just an ordinary girl .. Angel suka kraf, fesyen,makeups,cooking (walaupun tak berapa pandai masak hehe..),music,...bla bla bla..............