Art&Craft

Khamis, 4 April 2013

Senyum (^_^) Tak perlu kata apa-apa...

Assalamualaikum wbt.. Tetiba je tajuk post ni terlintas dalam kepala Angel masa lunch tadi.. huhu
Sebelum ni Angel pernah kena tegur dengan kawan Angel sebab Angel susah nak senyum... Ye ke???
Hurmm... Angel rasa mungkin sebab Angel ni rabun jauh kot.. Kalau dari jauh memang tak nampak muka orang dah dekat baru lah boleh nampak ( serius tak kerabunan Angel ni? kena wat cermin mata ke? hihi)
ihsan en Google


Senyum ni perkara mudah je sebenarnya. Tapi adakalanya susah nak buat lebih- lebih lagi masa 'angin tak elok' senyum pun nampak macam marah huhu... Meh baca tentang senyum (^_^)

15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN

1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Huhuhu... Banyakkan faedah senyum ni? So,bila orang senyum pada kita, jangan lah balas dengan kata-kata "Ape senyum-senyum?" Maki oi garangnyer...Walaupun mood tak elok,balaslah dengan senyuman juga walaupun tak semanis mana.. Bukan kena bayar pun senyum je la...
Sumber dari En Google hehe....


Peace ! (^_^) . Clik tabung dana Angel ye... Bubye!

Selasa, 2 April 2013

Stresssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum... Buat semua reader ynag sudi singgah ke blog Angel ni...
Dalam kehidupan kita sehari-hari tentu banyak cabaran yang datang pada kita kan?
Angel juga tak terlepas dari cabaran-cabaran yang kadang-kadang sangat mencabar kesabaran,keimanan dan segala 'ke' yang kita ada..  Adakalanya buat Angel rasa sangat stress T_T
Hurmmmm...

Macam -macam cara yang Angel lakukan untuk hilangkan stress Angel ni huhu..
Antaranya :

1.Menyanyi
Angel suka menyanyi kuat-kuat haha (dengan syarat ... nyanyi dalam bilik dengan tingkap dan pintu tertutup rapat... malu weh org dengar suara lemak merdu Angel ni hehe.. lebih-lebih lagi kalau bakal mak mertua dengar huhu terus cancel jadi menantu hahaha....=)

2.Peluk
Pada yang sudah berumahtangga tu, peluk la pasangan anda dengan penuh kasih sayang selain dapat membuat anda rasa tenang dapat juga mengeratkan hubungan.Bagi yang single mingle macam Angel ni,carila kucing untuk dipeluk.Tapi jangan peluk kuat-kuat nanti kena cakar naya jee... Angel suka peluk En. Merah yang hensum,En Merah ni tak suka dipeluk al maklumla kucing jantan rimas dia...

3.Cari kawan
Kalau orang lain dorang lebih suka bersendirian bila stress,Angel tak boleh duduk sorang-sorang.. Lagi stress jadinya. So.. Angel akan cari kawan untuk berbual at least boleh juga kawan tu beri nasihat atau pandangan. Angel ade sorang bff yang setia mendengar masalah Angel huhu.. Jom panggil dia En. Bff (encik ke??). Yup, my 'Best Friend Forever' is lelaki.. kenapa?? macam pelik ke?? Nothing pelik kalau kita betul-betul ikhlas nak berkawan.Tapi kene la pandai jaga batas jangan terlebih ngada-ngada kejap lagi kene serang dengan Miss Tunang @ Mrs Wifey die naya weh!.

4.Dekatkan diri dengan Allah.
Jaga solat fardhu banyakkan solat sunat.Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.Hah! tu dia! Jangan skip solat tau..

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.' 
Surah Al-Baqarah ayat 153.

5.Al-Quran
Mendengar dan membaca Al-Quran boleh menjadi terapi kepada stress.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).Kalau boleh baca Al-Quran dan tafsirnya sekali salah satu ubat hati tu...

Hurmm... Apa pun tekanan yang kita hadapi ingatla semua tu sementara je.. Tak kira positif atau negatif,ia akan buat kita semua lebih matang.Percaya la semua kesukaran pasti ada jalan penyelesaiannya.Kita perlu tawakal dan ikhlas menerima segala ketentuanNya.. 

Sekian dulu dari Angel :)
Jangan lupa klik Tabuing Dana yeeeeeeeee.........