Art&Craft

Selasa, 3 Februari 2015

Assalamualaikum is more appreciated

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh
Sekali lagi saya dah mengabaikan blog ni.. Sooooo sorry my dear blog. Busy memanjang je. (Yelah tu( -_-))
Makin banyak applikasi / laman sosial sekarang makin luas pergaulan. Macam-macam jenis orang kita boleh jumpa. Ada baik ada juga yang tak berapa nak baik (ayat selamat).Yang penting kita sendiri kena tahu memilih.
Saya juga ada memuat turun applikasi seperti Whatapps, Wechat, Line, Viber, Beetalk dan yang paling latest Telegram. Huhu tp bukan  semua aktif pun (letih mak nak..)
Saya nak sentuh sikit pasal cara 'greeting' kawan baru yang di 'add' atau di 'accept'. Apa 'greeting' yang korang suka?
1. Hai
2.Hello
3. Salam perkenalan
4. Thank you (x caye g check hihi)
5. Assalamualaikum
6. Hey sweetie /cute
7. Oiii
8. Weh
9. Ape khabar?
10. Boleh kenal x?
Haaaa.. ada banyak lagi tapi saya malas nak tulis. 'Greeting' yang paling saya suka no. 5.. Assalamualaikum . Kenapa??
Sebab 'it makes me feels more comfortable'. Salah satu maksud ucapan salam ialah 'aku berdoa semoga kamu sejahtera. Maka dia menyatakan dan berjanji bahawa anda berasa aman dari tangan (perlakuan) dan lidah (lisan) dan dia menghormati hak hidup, kehormatan dan harga diri anda'. Tu dia!
Selain mengetatkan ukhuwah islamiyyah, Assalamualaikum yang bermaksud selamat sejahtera ke atas kamu yang merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w adalah salah satu ungkapan kasih sayang dalam bentuk doa. Hukum bagi salam ni sunat je tapi jawab salam WAJIB ok!
So, bagi saya ucapan salam lebih saya hargai dari ya lain-lain. Bagi kawan yang baru nak kenal apa salahnya bagi salam dulu. Lebih elok dan sopan. Daripada tegur hai dan tak sempat dibalas ( sbb busy memanjang) kemudian upload moment cakap sombong.
Untuk pakwe-pakwe yang nak try ngorat tu seeloknya tegur la bakal-bakal awek tu dengan Assalamualaikum. Sebagai isyarat maksud 'anda aman dari bahaya tangan dan lidahku'. Haaaa sejuk hati si awek.
Okay lah sampai di sini dulu ye. Saya nak sambung buat keje al maklum lah busy memanjang huhu (T_T)
Till then my dears.
Wassalam.
~Sumber Wikipedia~

Isnin, 7 April 2014

Spring Time In Malaysia

Assalamualaikum dah lama tak update blog.. walaupun tak ramai yang baca Ann masih lagi nak menulis hihi..
Ramai yang dah upload gambar musim bunga ni... Ann dah lama perasan keadaan di tepi-tepi jalan da mcm kt korea huhu.. sana-sini bunga-bunga bertaburan..
Ambil feel korea masa berjalan di bawah pokok sambil ber selfie ala-ala drama korea...
Dalam hati Ann bersyukur.. beruntung Ann dilahirkan di sini.. Tak payah pergi korea pun takpe.. Kat Malaysia pun Ann masih dapat menikmati pemandangan indah seperti di Korea..
Subhanallah... besar sungguh kuasa Allah. Saat kita masih bersedih tentang kehilangan MH370.. Allah bagi kita musim bunga yang sangat indah.

Jumaat, 24 Januari 2014

Rambut Gugur T_T

Assalamualaikum wbt...

Masalah rambut gugur memang menjadi masalah utama bagi Ann. Kadang-kadang sedih tengok rambut yang berguguran kat lantai bilik air (T_T).Ann masih mencari solution untuk masalah ni,jom Ann nak share serba sedikit tentang makanan yang dapat membantu pertumbuhan rambut..


Lawa rambut die... teringin nk rambut cantik mcm ni.. huhuhu


1.Telur, makanan ini mengandungi vitamin yang disebut biotin. Gunanya untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Keguguran rambut disebabkan rambut kering dan rapuh. Telur juga menjaga keseluruhan kesihatan kulit kepala.

2.Sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan sayuran hijau lainnya mengandungi vitamin A dan C yang menghasil minyak di kulit kepala secara semulajadi. Minyak ini berfungsi umpama kondisioner rambut.

3.Strawberi, adalah buah yang kaya vitamin C. Buah yang mengandungi vitamin C akan menyerap zat besi dan meningkatkan pertumbuhan rambut yang sihat. Makan beberapa biji strawberi sehari dapat membantu pertumbuhan rambut.(my favourite (^_^))




4.Kacang, makanan ini merupakan sumber lemak alami yang diperlukan tubuh untuk bertahan hidup. Kacang tanah, almond dan kacang-kacangan lainnya mengandung biotin dan minyak alami sehingga membuat rambut cerah. Kacang juga merupakan sumber zat besi dan protein. Mereka memiliki nutrisi yang menyehatkan rambut dan mengusir rambut rontok.

5.Salmon, pada menu ini sangat kaya akan protein. Salmon membantu menjaga kekuatan rambut sehingga tetap sehat. Salmon sarat dengan omega-3 asid lemak, yang baik untuk kesihatan kulit kepala.(salmon mahal weh.. Ann mampu beli ikan kembong jee... hehehehe )

6. Daging segar, kekurangan zat besi dalam tubuh dapat menyebabkan kebotakan. Daging segar bukan hanya penting bagi tubuh, tetapi juga untuk rambut. Daging merah membantu pertumbuhan rambut, membuat rambut berkilau dan kuat. Jika mengalami keguguran rambut atau rambut nipis,periksalah kadar zat besi dalam tubuh.(owh kurang zat besi pun punca rambut gugur ye?)

Sekian saja post kali ini.. (skema seyh ayat hahaha) 

Isnin, 16 Disember 2013

Nak Mata Cantik (^_^)

Assalamualaikum wbt.. :)

Dah lama sungguh Ann x update blog ni... Banyak perkara yang berlaku membuatkan Ann jadi bertambah kuat dari segi fizikal dan mental. Starting from today... Angel nak bertukar menjadi 'Cik Bdadary' sebab dah tak best nama Angel tu hehehehe...  (poyo). Oklah tak payah nak cerita panjang-panjang jom kite cerita pasal topik hari ini.. Tips untuk dapatkan mata cantik huhuhuhu.....

Jom start... hehe

1. Minum air secukupnya kerana ia dapat mengelakkan dehidrasi, sekaligus melambatkan timbul kedutan       pada mata.

2. Makan buah dan sayuran kerana kandungan mineral, vitamin yang terdapat di dalam buahan dan               sayuran adalah nutrisi berguna untuk kecantikan mata, di samping bermanfaat untuk kulit dan kesihatan         tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang                   menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata.

3. Hindari perbuatan menggosok mata walaupun dengan tangan kerana ia boleh memberikan kesan tidak     baik pada seluruh bahagian mata.(Yang ni Ann selalu buat.. T_T )

4. Berhati-hati memilih produk penjagaan mata. Selalu pilih produk yang boleh dipercayai dan sudah melalui ujian klinikal. Hati-hati dalam aplikasi solekan dan hindari pinjam-meminjam alat kosmetik mata. Perbaharui kosmetik mata setiap 6 bulan sejak pertama kali dibuka.(Hoh?)

culik dari Google hehe..


5. Kurangkan pendedahan berbahaya terhadap mata seperti wap panas, tempat berdebu, sinar UV dan benda lain yang berbahaya. Disarankan menggunakan kaca mata hitam dengan kemampuan melindungi mata dari sinar UV.

6. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggalkan dengan sempurna, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat, kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman atau dipenuhi bintik-bintik halus!(ewww.. Takutnyerrr.. )

7. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan ‘oil seed’ di sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, witch hazel dan pro vitamin B5

Mekaseh En Google.. :)
Tu dia tips nak mata cantik.. 
Pesan untuk diri sendiri rajin-rajinkan diri anda untuk menjaga mata.. Aset penting bagi semua orang.. bak kata pepatah dari mata turun ke hati.. hehe.. 

Selamat Beramal.. (tetibe??)  

Rabu, 3 Julai 2013

Tomato ~ Wink2 ~

Assalamualaikum.. Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog yang ntah ape-ape ni hehehe..
Kali ni Angel nak kongsi tetang khasiat buah tomato yang selalu jadi hiasan kat tepi pinggan time makan nasi ayam tu.

Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru.

Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl.Nama spesifiknya, lycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala").

Warna merah itu ialah disebabkan likopena iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.

Haa, dah tau kan serba sedikit pasal tomato ni? So lepas ni mkn sampai habis tomato kat tepi pinggan nasi ayam tu ye. Sekarang kite tengok ape kebaikan Tomato untuk kesihatan dan kecantikkan kulit hehehe...



Petua penjagaan kulit dengan Tomato :

1. Mengecilkan liang roma
    ~ 1 sudu jus tomato + 2-4 titik jus limau
    ~ sapukan pada kulit wajah dengan menggunakan kapas. Urut perlahan-lahan.
    ~ Biarkan 15 minit.Bilas dengan air suam.
    ~ Jangan lupa sapukan pelembab kulit yang anda selalu pakai.

2. Merawat Jerawat
    ~ Hancurkan buah tomato segar.
    ~ Sapu rata pada wajah.
    ~ Biarkan sejam. Bilas dan keringkan.
    ~ Buat setiap hari sampai jerawat hilang.

3. Membersihkan kulit muka (Mask)
    ~ Hancurkan tomato + avokado
    ~ Sapu pada muka
    ~ Bilas selepas 20-30 minit.

4. Menyejukkan kulit rosak (Sunburn)
    ~ 1 biji tomato + 2 sudu yogurt
    ~ Sapukan pada kesan sunburn

Haaa... Tomato ni sangat berkhasiat terutamanya untuk orang perempuan yang nak kulit cantik macam Angel ni hehe (berangan je lebih huhu)
Sampai sini je dulu.. Jumpa lagi di post yang akan datang.. (^_^)

Ahad, 30 Jun 2013

Teh Hijau dari Nepal

Assalamualaikum.. Hi semua (^_^)
Sorry Angel jarang-jarang upload post sekarang ni... Angel buzy dengan kerja dan aktiviti-aktiviti lain (ai ceh ceh yelah tu... ). Dalam kesibukkan Angel selalu stress,salah seorang anak buah Angel yang prihatin telah menyedekahkan Angel 100 uncang teh hijau organik yang mak dia kirim dari Nepal. "Kakak,minum ini teh.. Besok jangan marah-marah,I suka tengok kakak senyum" Alahai... Walaupun Angel tak suka minum teh,Angel ambil jugak tak sampai hati nak menolak huhu..

Meh, kita tengok apa khasiat teh hijau ni...


1. Mencegah kerosakan pada gigi
Teh hijau mengandung antioksidan yang bernama, Äúcatechin. Catechin mencegah kerosakan gigi dengan menghapuskan bakteria atau virus di mulut dan tekak.Ia juga membantu dalam melambatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau mulut. Teh hijau adalah salah satu minuman yang memberikan manfaat pada gigi.(perisa ubat kumur favourite Angel)

2. Mencegah Alzheimer, AOS dan Parkinson
Teh hijau mengandungi antioksidan yang mencegah kerosakan sel-sel otak yang menyebabkan Alzheimer, AOS dan Parkinson. Tidak hanya mencegah sel-sel otak dari kerosakan, tetapi juga memulihkan sel-sel otak yang rosak.

3. Anti-Aging
Ramai yang berusaha mati-matian untuk mengurangkan penuaan dan kelihatan lebih muda.Antioksidan dalam teh hijau dapat mencegah kedutan dan membantu merawat kulit. Minum teh hijau adalah cara semulajadi untuk mengurangkan efek penuaan.(ngee.. pasni rajinlah Angel minum teh hijau)

4. Mencegah Diabetes
Khasiat lain teh hijau adalah mengawal kadar gula darah. Juga membantu dalam mengurangkan penyimpanan lemak dan meningkatkan metabolisme tubuh. Untuk pesakit diabetes, minum teh hijau akan membantu tubuh dalam mengawal kadar gula dalam darah.

5. Mencegah Jerawat
Minum teh hijau secara teratur dapat membantu mencegah jerawat. Teh hijau merupakan solusi semulajadi untuk masalah jerawat. Antioksidan dalam teh hijau juga membantu merawat kulit dengan memperbaiki kulit rosak dan mencegah kulit rosak. Teh hijau juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser kulit.


6. Mengawal Tekanan Darah dan Kolesterol
Jutaan orang di seluruh dunia menderita kolesterol tinggi dan masalah tekanan darah. Untuk mengatasi masalah ini,minum teh hijau dapat membantu dalam menawal tekanan darah dan juga menurunkan kadar kolesterol.

7. Mengurangkan Stress dan Depresi
Tekanan kerja dan kehidupan peribadi adalah penyebab utama stress dan depresi di kalangan kita. Salah satu manfaat dari teh hijau adalah mengurangkan stress. Teh hijau mengandungi Äútheanine, yang dikenalpasti sebagai pencetus perasaan relax. Orang yang selalu minum teh hijau biasanya bebas stress dalam kehidupan mereka berbanding orang yang jarang minum teh hijau.(oooo... patutlah )

8. Mengurangkan Risiko Kanser
Kanser adalah salah satu jenis penyakit mengundang maut dan kos perubatannya sangat mahal.Teh hijau dapat membantu mencegah kanser. Menurut kajian, antioksidan dalam teh hijau adalah 100 kali lebih efektif berbanding vitamin C. Antioksidan membantu memusnahkan sel-sel kanser tanpa merosakan sel-sel lain.

9. Mencegah Penyakit Jantung
Teh hijau membantu mencegah penyakit jantung. Pertama, menurunkan paras kolesterol. Teh hijau juga mengawal tekanan darah serta mencegah pembekuan darah di arteri. Jadi, minum teh hijau secara teratur akan mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.

Bagi orang yang menderita penyakit jantung, mereka juga harus minum teh hijau kerana teh hijau dapat memperbaiki sel-sel hati dan mengarah ke pertumbuhan sel-sel jantung sihat.

10. Berat Badan
Ramai yang ingin memiliki berat badan ideal. Antioksidan dan polyphenyl dalam teh hijau dapat membantu dalam meningkatkan metabolisme dalam tubuh serta meningkatkan oksidasi lemak. Dengan minum secawan teh hijau dan makan secara teratur, serta diiringi diet yang tepat dan senaman, akan membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal.
Hehe.. Banyak khasiat rupenyer..
Sekian saja lah ye.. Jangan lupa klik 'Tabung Dana Masa Depan' Angel tu ye..

Selasa, 4 Jun 2013

MSDs ~ Musculoskeletal Disorder

Assalamualaikum wbt.. Thanks pada yang sudi singgah.. kalau boleh tinggalkan jejak anda di ruangan komen atau chat box ye.. Boleh Angel singgah kat blog korang pulak hehe...

Angel nak cerita pasal MSDs pulak huhuhu.. Bunyi tajuk macam menyeramkan je..
Ni semua sebab anak buah Angel mengadu tangan dia bengkak secara tiba-tiba.. Tak tau ape punca hurmmm.. Angel rase sebab MSDs la ni...

MSDs adalah kecederaan atau kesakitan pada Otot, Sendi, Tulang Belakang,Tisu,Sendi dan Urat Darah.

Tanda-tanda MSDs adalah
1. Kurang kekuatan untak mencengkam
2. Kurang jarak pergerakkan
3. Hilang rasa fungsi otot
4. Kurang keupayaan untuk melakukan aktiviti harian.

MSDs berpunca daripada pergerakkan yang berulang-ulang dalam satu tempoh yang lama.Especialy masa kita sedang bekerja.
https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSr0KbZMjFd2JLBWPX2dmIEbcwDsFy6z7SEdaRJu2C8dapRNp2Oyg

Cara nak elak MSDs ni senang je... Apabila tangan,kaki, atau mana-mana bahagian badan terasa kebas,kejang,lenguh dan sengal-sengal.. Berhenti sekejap buat exercise ringan atau buat regangan di bahagian badan yang terlibat.. (jangan buat poco-poco dah la yeee...) Then, sambung la keje balik hehehe simple kan?

Oklah, sampai kat sini dulu.. Angel bukan doktor tapi sekadar berkongsi informasi je.. Jangan mintak ubat dengan Angel lak pas ni hehehe... Jangan lupa klik tabung Angel tu ye ..TQ..............